
Afterschool
April 29, 2016
Menurut beliau, persepsi dan pandangan tersebut perlu diubah dengan mendekati pelajar aliran sains dan memberi pemahaman yang betul tentang kesusasteraan.
“Tanggapan yang positif serta contoh-contoh terhadap penulis yang berjaya di luar negara perlu dijadikan teladan kepada pelajar atau individu yang baharu menunjukkan minat dalam penulisan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-13 di Putrajaya.
Masalah yang menjadi halangan kepada pelajar daripada meminati bidang sastera wajar diselesaikan dengan segera seperti bayaran royalti terhad berbanding proses penulisan sesebuah karya atau tanggapan negatif masyarakat terhadap kerjaya penulis.
--Utusan