logo
logo

    Courses

    Institutions

Pelajar IPT disaran berpada-pada dalam politik

Afterschool

Afterschool

September 5, 2016





Pelajar IPT Awam dan Swasta boleh berpolitik, tetapi perlu tahu had sebagai pelajar. Pelajar IPT disaran berpada-pada dalam politik Menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, pelajar yang berhasrat untuk bergiat dalam politik perlu patuh pada peraturan yang telah ditetapkan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012. Ini bagi memastikan mereka tidak bertindak keterlaluan sehingga boleh menjejaskan pelajaran dan memusnahkan harapan ibu bapa untuk melihat mereka berjaya. Beliau turut menggesa pelajar agar lebih beringat supaya tidak menjadi mangsa pihak luar. Menurutnya lagi, budaya berpolitik sehingga menjejaskan diri sendiri dan orang lain bukanlah budaya di Malaysia. Ujar beliau lagi, pelajar telah diberi amanat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar dan mereka sepatutnya memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran. Datuk Seri Idris Jusoh berkata demikian ketika diminta mengulas pembabitan mahasiswa dalam perhimpunan yang dicadangkan baru-baru ini di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Lumpur anjuran kumpulan aktivis Gerakan Anak Muda. AS-QA-600x200-1