logo
logo

    Courses

    Institutions

PELAJAR CEMERLANG UPSR MENINGGAL DUNIA AKIBAT BARAH KELENJAR

Afterschool

Afterschool

December 7, 2016





Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, pelajar cemerlang UPSR meninggal dunia akibat menderita penyakit Barah kelenjar. 21wan-transformed_1

Pelajar cemerlang yang menarik perhatian umum dengan memperolehi keputusan cemerlang 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 baru-baru ini telah disahkan meninggal dunia akibat menderita penyakit barah kelenjar.

Menurut bapanya Wan Mazlan Wan Hassan, 50, yang juga merupakan guru Penolong Kanan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja berkata, anaknya itu mengembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kira-kira jam 4 pagi setelah dimasukkan ke HUSM sejak 4 September 2016 yang lalu.

Allahyarham disahkan menghidapi penyakit barah kelenjar atau dalam bahasa perubatannya Limpoma Hodgkin (HL) yang merujuk kepada kanser darah yang bermula dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh manusia menerusi bendalir yang dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun manusia.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Besar, Pasir Mas Kelantan semalam.

adiba_field_image_listing_featured-variant