logo
logo

    Courses

    Institutions

Pelajar baru terpaksa tanggung kesan hutang PTPTN tertunggak

Afterschool

Afterschool

August 22, 2016





Akibat tunggakan pinjaman pelajar-pelajar sebelum ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mampu memberikan pinjaman penuh kepada pelajar-pelajar IPT baru. Pelajar baru terpaksa tanggung kesan hutang PTPTN tertunggak Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sasaran kutipan tahun lepas ialah RM 15 billion namun pihaknya hanya mampu mengutip sebanyak RM 8 billion. "Walaupun pendapatan PTPTN telah meningkat hasil pelaksanaan tindakan lebih tegas dan beberapa lagi langkah penyelesaian yang diterapkan PTPTN, sasaran kutipan utama masih tidak dapat dicapai. Daripada jumlah keseluruhan RM 56 billion yang dipinjamkan, kami hanya mampu mengutip semula RM 15 billion jumlah pinjaman." "Antara langkah penyelesaian yang diambil PTPTN adalah memotong jumlah pinjaman yang boleh diterima pelajar bermula dengan pelajar ambilan 2014 yang hanya menerima 95% pinjaman untuk yuran IPT awam mereka. Pelajar IPT swasta pula hanya menerima 85% jumlah pinjaman," kata beliau. Beliau juga mengulas tentang ibu bapa daripada golongan berpendapatan rendah yang tidak berpuas hati dengan tindakan PTPTN tidak memberi pinjaman penuh kepada anak mereka. Menurut Shamsul Anuar, beliau sedar tentang masalah yang dihadapi sesetengah ibu bapa dan berharap masyarakat dapat menyokong tindakan yang diambil PTPTN demi memastikan semua pelajar terus mendapat bantuan kewangan daripada PTPTN. AS-PTPTN-600x200-