
Afterschool
December 21, 2016
Hari ini telah diumumkan Keputusan Petaksiran Tingkatan Tiga bagi tahun 2016. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada pelajar yang mencatat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan itu.
"Tahniah pelajar #PT32016 yang dapat keputusan cemerlang hari ini, terima kasih guru2 & ibu bapa yang mendidik. Teruskan usaha agat kekal cemerlang,"ujarnya menerusi laman Twitter rasmi milik beliau hari ini.
Selain mengucapkan tahniah kepada pelajar, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang telah mendidik mereka sehingga berjaya.
Sementara itu, untuk makluman, seramai 453,413 calon telah menduduki Peperiksaam PT3 di 2,608 buah pusat peperiksaan seluruh negara pada 16 Oktober yang lalu. Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis bagi peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi.
Tahniah kepada yang berjaya!. Bagi mendapatkan informasi terkini terkini mengenai bidang pendidikan. Layari laman rasmi kami di afterschool.my/bm.