
Afterschool
July 22, 2016
Agak mengejutkan apabila ada laporan mendapati daripada 1902 tangkapan rasuah di Malaysia sejak 2013, sebanyak 55 peratus pesalah terdiri daripada golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah.
Menurut Pengarah Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil, penglibatan golongan muda dalam gejala rasuah dipandag serius oleh kerajaan memandangkan mereka ini adalah harapan negara untuk menjadi peneraju negara.
Berikutan itu, SPRM telah mengadakan pelbagai program di peringkat negeri dan ibu pejabat dengan kerjasama sekolah, IPT dan Kementerian Belia dan Sukan. Melalui program ini, SPRM berharap dapat memberi lebih maklumat dan kesedaran tentang isu rasuah kepada warga belia.
Sejak 2007, SPRM telah menubuhkan sebanyak 103 Sekretariat Pencegahan Rasuah di semua IPT dan sekolah menerusi program 'Wira Antirasuah'. Antara aspek yang diberi keutamaan adalah sistem keadilan jenayah bagi memahami fungsi dan tugas SPRM.