Annyeonghaseyo! Program pertukaran belia ke Korea akan bermula sekarang!

Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut:
- Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2016;
- Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pelaksana (Gred 1 – 40);
- Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
- Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2013, 2014 & 2015). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
- Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
- Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
- Telah mengisytiharkan harta.
Pegawai yang terpilih untuk mengikuti program ini layak dibayar elaun-elaun dan kemudahan mengikut ketetapan kemudahan dan kelayakan Pegawai Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003.
Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di Portal JPA
www.jpa.gov.my atau
http://esilav2.jpa.gov.my. Borang permohonan yang telah
lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama
- Borang JPA(L)LDP 1B/96
- Perakuan Ketua Jabatan – (Lampiran C);
- Salinan Senarai Tugas; dan
- Salinan Kad Pengenalan Calon
Borang
JPA(L)LDP 1A/96 – (Lampiran B) akan disediakan oleh BPSM, KPM.
hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada
06 Mei 2016 (Jumaat) jam 5:00 petang kepada:
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya.
Tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai BPSM berikut untuk pertanyaan lanjut:
Encik Danial Abdillah bin Suhaimi
Tel : 03-8884 7943
E-mel :
danial.suhaimi@moe.gov.my
Faksimile : 03-8884 7925
Puan Paridah binti Ali
Tel : 03-8884 7947
E-mel :
paridah.ali@moe.gov.my
Faksimile : 03-8884 7925