logo
logo

    Courses

    Institutions

Tingkatan 6 Mod 1 kini setaraf kolej

Afterschool

Afterschool

June 9, 2016





Pusat Tingkatan Enam Mod 1 kini dinaiktaraf menjadi Kolej Tingkatan Enam oleh Kementerian Pendidikan. SMK_Taman_Mahsuri1 Menterinya Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, penaiktarafan itu sejajar dengan dasar kerajaan dalam usaha transformasi Tingkatan Enam. "Penaiktarafan ini juga termasuk di 10 lagi pusat Tingkatan Enam di seluruh negara." "Kolej Tingkatan Enam ini juga mempunyai pentadbiran dan bangunan sendiri, bertujuan untuk memberi motivasi kepada mereka yang menuntut di Tingkatan Enam," katanya selepas merasmikan Kolej Tingkatan Enam Taman Mahsuri di Kulim.