
Afterschool
April 5, 2016
Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Harvard University muncul dua universiti dari Amerika Syarikat yang mendahului kedudukan dengan 12 subjek di tangga teratas, dengan melibatkan 551 institusi dari 49 negara dalam 100 paling teratas.
Enam subjek ditambah dalam kedudukan kali ini - antropologi, arkeologi, kejuruteraan perlombongan, kejururawatan, seni persembahan, dan polisi sosial.
Subjek diukur berdasarkan empat indikasi - pandangan 76,798 pakar akademik dan 44,426 majikan, analisis 28.5 juta kertas kajian, dan 113 juta kenyataan (tidak termasuk 25.4 juta kenyataan dari QS) dari pengkalan data bibliometrik Scopus-Elsevier.
Malaysia mempunyai tiga subjek dari dua universiti yang tersenarai dalam kedudukan kali ini - iaitu Program Pengajian Pembangunan di tangga ke-30, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di tangga ke-37 dari Universiti Malaya, dan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Sains Malaysia di tangga ke-46.