logo
logo

    Courses

    Institutions

MARA tawar diskaun 50 peratus untuk pelajar gagal

Afterschool

Afterschool

April 11, 2016





MARA tawar diskaun 50 peratus: Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengumumkan diskaun 50 peratus kepada pelajar yang gagal dalam pelajaran. Annuar Musa 1502, MARA tawar diskaun 50 peratus Menurut Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa (gambar), tawaran diberi kepada mereka yang gagal dalam pelajaran, termasuk yang menghadapi tindakan mahkamah. "Kepada pelajar yang dibebankan dengan hutang 100 peratus, kini kami ringankan beban dengan hanya membayar 50 peratus sahaja," kata Annuar dalam satu sidang media. Pada sidang media itu juga, Annuar berkata peminjam yang sudah lulus sejak 2010 tetapi tidak diberikan pengurangan atau pengembalian wang juga ditawarkan diskaun tersebut, dengan tambahan 20 peratus lagi diskaun. Tawaran tersebut perlu dimohon di portal MARA sebelum 31 Disember, 2016. --The Star