
Afterschool
July 12, 2016
Menurut Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, jika terdapat bukti sahih penglibatan pelajar, kontrak serta tajaan mereka akan ditamatkan serta merta. Amaran ini dikeluarkan berikutan pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan universiti sebagai salah satu tempat pengaruh militan yang paling kuat.
Malah laporan awal turut mendedahkan terdapat segelintir pelajar MARA di Amerika Syarikat (AS) yang terlibat dalam usrah yang dipantau pihak berkuasa. Walaupun tiada ancaman serius dilaporkan, namun kegiatan mereka tetap mencetuskan kebimbangan dan telahpun diberikan kaunseling.
Annuar menyeru pihak IPTA agar memantau aktiviti bukan akademik dan persatuan luar yang melibatkan pelajar. Hal ini kerana kumpulan-kumpulan militan diketahui aktif menyebarkan dakyah mereka di setiap peringkat masyarakat termasuk golongan profesional.