
Afterschool
February 29, 2016
Menurut menterinya, dasar penghantaran pelajar Malaysia ke luar negara dilihat tidak selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar asing belajar di negara ini.
Katanya lagi, usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan yang telah menarik minat ramai pelajar luar negara seperti dari China perlu diberi sokongan semua pihak.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu dan menyediakan kertas Kabinet untuk mendapatkan persetujuan dalam masa terdekat bagi mengkaji semula penghantaran pelajar ke luar negara.
Tambahnya, tindakan kerajaan mengkaji semula penghantaran pelajar MARA ke luar negara bukanlah disebabkan oleh kegawatan ekonomi sebaliknya bagi memastikan ia selari dengan dasar kerajaan.