
Afterschool
February 18, 2016
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, walaupun peruntukan untuk pendidikan MARA menurun RM0.4 juta, iaitu RM 1.7 bilion tahun ini berbanding RM2.1 bilion pada 2015, agensi itu akan cuba untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi menampung keperluan itu.
Beliau memastikan bahawa pelajar tajaan akan menamatkan pengajian mereka dan menerima kemudahan serta bantuan kewangan seperti biasa sehingga mereka menamatkan pengajian.
Dalam masa yang sama, beliau juga menggesa penerima pinjaman MARA untuk membayar balik hutang mereka bagi memberi peluang kepada orang lain untuk mendapatkan bantuan kewangan pendidikan.