logo
logo

    Courses

    Institutions

Mana siswa Malaysia berbakat sebagai generasi pelapis?

Afterschool

Afterschool

September 8, 2016





Malaysia menghadapi kekurangan bakat dalam bidang berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ketika giat berusaha untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020. di-mana-kamu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata setakat tahun lepas, Malaysia hanya melahirkan kira-kira 20 peratus pekerja mahir, jauh daripada sasarannya sebanyak 50 peratus bagi 2020. Sehubungan itu, Madius menggesa ibu bapa dan masyarakat supaya menyedari tentang perlunya anak mereka menguasai STEM, yang sememangnya menyediakan banyak peluang pekerjaan. "Kerjaya berkaitan STEM menunjukkan peningkatan 12 peratus dari segi pendapatan purata bulanan isi rumah kepada RM6,141 pada 2014 daripada RM4,025 pada 2009. "Kini rakyat Malaysia berjumlah 30 juta dan saya yakin tentunya ada banyak 'Steve Jobs' dalam kalangan mereka. Sudah tiba masanya kita melakukan inovasi dan mengambil manfaat daripada industri STEM," katanya. Madius berkata, sejak 1967, Malaysia menetapkan sasaran mencapai nisbah 60:40 antara siswazah sains dan bukan sains, dengan 270,000 pelajar mengambil jurusan sains dan teknologi di peringkat pengajian tinggi menjelang 2020. "Kami perlu memantau kenapa pelajar tidak berminat memburu kerjaya berkaitan STEM. Hanya tinggal empat tahun sahaja lagi, tetapi kami tetap mengekalkan sasaran itu. Kami perlu mengubah set minda daripada ingin menjadi pencari pekerjaaan kepada menjadi pencipta pekerjaan," katanya. Ditanya sama ada kerajaan berasa panik berikutan penurunan jumlah bakat dalam bidang STEM, Madius berkata adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia, bukan kerajaan sahaja, untuk mengatasi keadaan itu. Katanya kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif, termasuk mengguna pakai pembelajaran berasaskan pertanyaan (IBL) (seperti yang diamalkan di Singapura). "Kami memperkenalkan sistem ini di beberapa sekolah berprestasi rendah, dan hasilnya adalah baik, dengan sesetengah daripada sekolah itu mencatat prestasi lebih baik daripada sekolah berprestij," katanya.