logo
logo

    Courses

    Institutions

Malaysia perlukan lebih ramai doktor

Afterschool

Afterschool

July 19, 2016





Walaupun ada laporan masalah berkaitan latihan untuk pelajar perubatan, hakikatnya Malaysia perlukan lebih ramai doktor terutamanya untuk perubatan kecemasan. Malaysia perlukan lebih ramai doktor Menurut laporan BERNAMA, Malaysia memerlukan 900 doktor pakar dalam perubatan kecemasan untuk merawat jumlah pesakit yang kian meningkat di negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Hilmi Yahya menyatakan, buat masa ini Malaysia hanya mempunyai 300 pakar perubatan kecemasan. "Sebab utama kekurangan pakar perubatan kecemasan berlaku kerana hanya terdapat tiga universiti awam yang menawarkan kursus ini iaituUniversiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)." "Setiap tahun, sebanyak 200 permohonan untuk kursus ini diterima namun hanya 60 calon berjaya berikutan tempat yang terhad di universiti awam," tambahnya lagi. Dr Hilmi berharap lebih banyak universiti awam dan swasta akan menawarkan kursus ini untuk mengawal masalah tersebut. AS-Biasiswa-600x200-1