logo
logo

    Courses

    Institutions

Malaysia perlu lebih ramai pakar anti-godam

Afterschool

Afterschool

April 26, 2016





Malaysia perlu lebih ramai pakar keselamatan siber sebagai persediaan berhadapan pelbagai cabaran industri alam maya yang semakin berkembang kini. Hackers_022, Malaysia perlu lebih ramai pakar Eneng Faridah Iskandar, Pengarah Kanan Jabatan Advokasi dan Jangkauan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berkata ini kerana wujudnya penggodam dengan pelbagai aktiviti jenayah siber menyebabkan pengguna internet terdedah kepada bahaya alam maya. Beliau berkata lambakan teknik dan kaedah penggodaman haram yang dimuat naik secara dalam talian menyebabkan kegiatan berkenaan semakin berleluasa dan ia memerlukan langkah-langkah segera.   --Bernama