logo
logo

    Courses

    Institutions

Lesen motorsikal pelajar sekolah menengah akan dipermudah

Afterschool

Afterschool

April 7, 2016





Lesen motorsikal pelajar sekolah menengah akan dipermudah. Kementerian Pendidikan menyambut baik? cadangan Kementerian Pengangkutan yang mahu mewujudkan mekanisme untuk memudahkan pelajar sekolah menengah memiliki lesen motosikal. motorsikal, Lesen motorsikal pelajar sekolah menengah akan dipermudah Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata motosikal adalah satu keperluan bagi pelajar sekolah menengah terutama yang sudah berumur 16 dan 17 tahun memandangkan ia adalah pengangkutan yang fleksibel. "Cadangan Kementerian Pengangkutan itu sangat tepat pada masanya kerana kita mahu pelajar ini memiliki lesen yang sah mengikut undang-undang. "Saya juga sudah mengarahkan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian untuk berjumpa dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia untuk memperhalusi cadangan ini," katanya. -- Berita Harian