
Afterschool
June 16, 2016
Pelajar LCCI kini boleh mengikuti pengajian pantas untuk menjadi akauntan bertauliah.
Kini ada pengecualian peringkat asasi Certified Accounting Technician (CAT) ke Kelayakan ACCA.
ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) dan Pearson Malaysia menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pada 13 Jun 2016. Perjanjian ini merakam halatuju yang dipersetujui bersama untuk Kelayakan ACCA dan Pearson’s London Chamber of Commerce and Industry (LCCI).
Turut hadir adalah Presiden ACCA, Datuk Alexandra Chin mewakili badan professional tersebut. Sementara Pearson diwakili oleh Rachel Brujis, wakil Asia untuk Pearson LCCI.
Turut menyaksikan perjanjian ini ialah Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Malaysia, H.E. Victoria Treadell CMG MVO.
Dengan kerjasama ini, diharapkan pelajar Bumiputera di Malaysia dapat meningkatkan bakat dan kebolehan mereka yang menyertai profesion kewangan dan perakaunan melalui kelayakan ACCA.
Tahukah anda bahawa jurusan Perakaunan adalah jurusan paling hangat di Afterschool.my? Cari tahu tentang kursus Perakaunan di sini.
