
Afterschool
August 3, 2016
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, antara UA yang akan melaksanakan sistem ini pada bulan depan adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaya (UM).
iCGPA telah diperkenalkan sejak 2009 dengan tujuan untuk memperbaharui sistem penilaian terdahulu yang hanya berdasarkan markah akademik dan kokurikulum sahaja. Dengan terlaksananya iCGPA, pelajar akan dinilai dari pelbagai aspek, iaitu kemahiran komunikasi, keusahawanan, etika dan nilai tambahan lain.
Setakat ini, lima IPT awam telah melaksanakan sistem ini iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Dengan tambahan 13 lagi universiti, menjadikan jumlah keseluruhan 18 UA di Malaysia akan melaksanakan sistem ini.