
Afterschool
August 4, 2016
Program Beauty For A Better Life bertujuan membantu remaja perempuan dari latar belakang berpendapatan rendah yang tidak berpeluang memperoleh pendidikan keluar dari kepompong kemiskinan.
Menerusi program ini, mereka akan memperoleh sijil kemahiran berkualiti dalam bidang kosmeotologi (persolekan).
Program selama enam bulan ini diadakan di Pusat Latihan Vokasional YWCA (VTOC) yang telah diubah suai dengan alatan serba baharu tajaan L'Oreal Malaysia. Para pelajar akan dilatih oleh tenaga pengajar profesional yang berpengalaman luas dalam bidang dandanan rambut dan solekan.
Menurut Pengarah Urusan L'Oreal Malaysia, Malek Bekdache, "Kami percaya setiap orang berhak membentuk masa depan sendiri dan bidang kecantikan boleh meningkatkan kreativiti, keyakinan diri dan membantu menempuh cabaran yang mendatang."
Program ini mempunyai dua sesi ambilan (Januari dan Jun) dan ambilan seterusnya adalah pada November dan Disember 2016. L'Oreal Malaysia bersama-sama dengan VTOC mensasarkan untuk melatih 300 remaja dalam bidang persolekan dan dandanan rambut untuk tempoh lima tahun akan datang.
Selain kusus persolekan, VTOC turut menyediakan kursus-kursus lain seperti menjahit, seni kulinari dan membuat kek.
Untuk maklumat lanjut, pembaca boleh melayari laman web ini atau boleh juga emel terus kepada vtocklywca@yahoo.com.my.
