
Afterschool
April 25, 2016
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Mohd. Naim Daruwish berkata, perkhidmatan tersebut membolehkan ahli membuat permohonan pengeluaran untuk membiayai yuran pendidikan individu atau anak-anak di pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Tambah beliau, pihaknya juga sedang berusaha untuk menggalakkan lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT) dan bank menyertai e-Pengeluaran agar ahli KWSP mendapat pengalaman dan manfaat membuat pengeluaran di hujung jari sahaja.
“Setakat ini, sebanyak 10 IPT sedang melalui proses penilaian integrasi sistem dengan e-Pengeluaran dan antara tiga institusi tersebut ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Multimedia Malaysia (MMU) serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengesahkan penyertaan.
“Ahli yang belum mempunyai i-Akaun boleh mendaftar dengan menghubungi Pusat Pengurusan KWSP di 03-89226000 atau melalui kiosk KWSP atau berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP atau melalui Mobile Team KWSP,” katanya.