
Afterschool
March 29, 2016
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Firdhaus Ramlan berkata program itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kepada golongan nelayan tempatan untuk meningkatkan kemahiran terutama dalam aspek keselamatan sepanjang berada di laut.
"Ini juga selaras dengan seruan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mahu lebih banyak pihak swasta terlibat dengan komuniti setempat dan kami mengambil peluang ini untuk terus berdamping erat dengan masyarakat, terutama nelayan.
"Buat permulaan, kami menawarkan 20 tempat untuk nelayan muda mengikuti kursus lima hari ini yang merangkumi pengajian secara teori dan amali.
"Terdapat empat modul dalam kursus ini iaitu asas pertolongan cemas, asas memadam kebakaran, tanggungjawab sosial atas kapal dan ikhtiar hidup di laut yang diharap mampu memberi manfaat kepada mereka nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memeterai usahasama itu dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Kemaman sempena karnival Transformasi Orang Muda di sini Ahad.