Hala tuju
Ada tiga bidang utama dalam kewangan tradisional; Sains Aktuari, Kewangan dan Perdagangan dan pembelajarannya dari 3 hingga 7 tahun.
Fokus matapelajaran
SPM
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Prinsip Akaun
- Ekonomi Asas
- Pengajian Perniagaan
- Fizik
- Kimia
- MUET
Universiti
- Konsep Pemasaran
- Pengurusan dan Strategi Pemasaran
- Pengurusan dan Strategi Perniagaan
- Organisasi dan Kemanusiaan
- Kewangan
- Simulasi Perdagangan
- Teknik Kuantitatif untuk Perniagaan dan Kewangan
- Kewangan Korporat
- Model Kewangan
- Pengurusan Portfolio
- Sekuriti Derivatif
- Strategi Perniagaan Antarabangsa
- Pengurusan Risiko
- Pertukaran Matawang dan Pasaran Kewangan
Personaliti
Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ
Klik sini untuk mengetahui personaliti kamu.
Holland Vocational Code: ECS (Enterprising, Conventional, Social)
Klik sini untuk mengenali RIASEC kamu.
Info kerjaya
Broker saham: Membeli dan menjual stok saham dan sekuriti di bursa saham.
Aktuari: Menguruskan impak dari risiko ketidaktentuan pasaran, menyediakan kepakaran untuk keselamatan kewangan.
Pedagang kewangan: Membeli dan menjual stok saham,termasuk dengan individu dan bank, serta menjalankan perdagangan jual beli wang.
Penganalisis kewangan: Menganalisis dan menjangka pasaran kewangan disamping membuat laporan kewangan semasa.
Gaji
| Pangkat |
Min Gaji (RM) |
Gaji Purata (RM) |
Gaji Tinggi (RM) |
| Pengurus Senior |
8,000 |
10,000 |
13,000 |
| Pengurus |
5,000 |
6,500 |
8,000 |
| Eksekutif Senior |
3,000 |
3,600 |
4,500 |
| Eksekutif muda |
2,000 |
2,500 |
3,000 |
| Permulaan |
1,500 |
2,000 |
2,300 |
| Bukan eksekutif |
1,300 |
1,700 |
2,200 |
Peluang kerja
Di Malaysia, sektor kewangan sedang berkembang pesat sejak dekad yang lepas. Dalam peluang pekerjaan, ia cuma mewakili 2% dari tenaga kerja di seluruh Malaysia.
Di luar negara, sektor kewangan terutamanya di bandar-bandar kewangan dunia (New York, London, Frankfurt, Hong Kong) menawarkan pendapatan yang lumayan serta situasi perdagangan ekonomi yang pantas dan mencabar.