
Afterschool
July 14, 2016
Sebelum adik buat ritual mandi bunga, jom tengok kesilapan-kesilapan yang sering dibuat ketika memohon UPU. Untuk adik-adik yang bakal menduduki SPM tahun ini, ambil iktibar daripada kesilapan yang dilakukan calon sebelum ini!
Ini kesilapan paling banyak dilakukan. Ramai calon SPM hanya tengok syarat khas sahaja, tapi jika diperhatikan betul-betul ia adalah gabungan syarat am dan syarat khas.
Setiap program mempunyai syarat khas berbeza, jadi pastikan adik lihat betul-betul syarat khas ya!
“Saya aliran Sains tapi nak mohon program Muzik, tak perlulah dapat markah cemerlang untuk Kimia dan Biologi." Ha silap tu. Meritokrasi itu penting dik! Ia dikira berdasarkan 5 subjek terbaik mengikut aliran. Jadi, walaupun adik mohon program bukan Sains, meritokrasi untuk 5 subjek utama Sains dan 3 subjek terbaik lain akan tetap dikira. Barulah adil!
5 matapelajaran utama mengikut merit adalah seperti berikut:
| Aliran Sains | Aliran Sastera |
| Matematik | Bahasa Melayu |
| Matematik Tambahan | Matematik |
| Fizik | Sains |
| Kimia | Sejarah |
| Biologi atau Prinsip Perakaunan/Ekonomi Asas/ Perdagangan/ PKA/ PKE/ PKM/ LK/ Reka Cipta/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Teknologi Maklumat/ Pengetahuan Sains Sukan/ Pengurusan Makanan | Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral/ PSI/ PQS |
Kaunselor Halatuju boleh dihubungi melalui Facebook.