
Afterschool
April 20, 2016
Pengetua KTK Hamizan A. Hamid berkata tajaan daripada kerajaan negeri itu dilihat akan menjadi pendorong bagi pihak lain untuk menaja lebih ramai pelajar mengikuti program selama dua tahun itu.
"Kos bagi program ini berjumlah RM50,000 termasuk yuran, asrama dan makan, pelajar yang ingin mengikuti program ini sama ada membiayainya sendiri atau ditaja...kerana itu kita sedang uar-uarkan mengenai perkara ini agar pelajar-pelajar yang ingin mengikuti program ini dapat ditaja.
Hamizan berkata meskipun program prauniversiti itu bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia, namun masih ada yang tidak mengetahui mengenainya jika dibandingkan dengan program lain seperti A-Level.
"Kerana itulah, tajaan ini juga boleh dianggap bahawa kerajaan negeri sendiri meletakkan kepercayaan dan yakin bahawa kami di KTK dapat melaksanakannya sebaik mungkin," katanya.