logo
logo

    Courses

    Institutions

Kerajaan Negeri Melaka Beri Insentif RM3,000 dan RM1,000 kepada Pelajar Cemerlang SPM & PT3 Tahun ini

Afterschool

Afterschool

January 18, 2017





Beruntungnya rakyat jelata di negeri Melaka berikutan Kerajaan Negeri itu baru-baru ini mengugumkan akan memberi insentif RM 3,000 dan RM1,000 kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini.

 

money5

 

Ganjaran tersebut diumumkan sendiri oleh ketua menterinya iaitu Datuk Seri Idris Haron. Memandangkan istilah cemerlang itu berbeza mengikut persepsi individu maka dukacita kami maklumkan ganjaran tersebut hanya akan diberikan kepada pelajar yang mendapat  A dalam semua mata pelajaran bagi kedua-dua peperiksaan itu.

  [caption id="attachment_66157" align="alignnone" width="800"]lktnbbesar14 01 Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.[/caption]  

download

 

Pemberian ganjaran lumayan itu menurut Idris Haron adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang bersungguh-sungguh berusaha dari awal dan bukannya mengulang kaji di minit-minit akhir apabila tibanya musim peperiksaan sahaja.

 

Oleh itu, kepada anda yang yakin memperolehi keputusan cemerlang kelak, bolehlah merancang untuk menggunakan ganjaran tersebut sebagai persediaan untuk masuk ke universiti kelak. Kepada anda yang kurang yakin, lupakan sahaja angan-angan itu. Kami nasihatkan anda untuk membuat penyelidikan bagaimana untuk memohon bantuan pinjaman kewangan.

 

girl-on-computer

 

Jika anda terpilih ke IPTA tentunya tiada pilihan lain selain PTPTN (klik di sini untuk baca panduan lengkap permohonan PTPTN) dan sekiranya ke IPTS anda boleh memohon MARA. Walau bagaimanapun, banyak institusi yang menawarkan bantuan biasiswa yang sesuai dengan kelayakan anda, klik di sini untuk info terkini berkaitan biasiswa. Tidak ada salahnya jika anda mencuba, jika itu sudah tertulis rezeki anda ianya tentu tidak salah alamat.