Tarikh keputusan keseluruhan STPM 2016 diumumkan secara rasmi pada hari ini 28 Februari 2017 (selasa). Calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2016 boleh mendapatkan keputusan keseluruhan STPM 2016 masing-masing.
SEMAKAN ONLINE
Terdapat dua cara untuk menyemak keputusan anda iaitu menerusi semakan online dan semakan SMS. Untuk semakan online, anda boleh semak di Sistem Aplikasi Semakan Oline Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan memasukan nombor kad pengenalan anda. Sistem semakan online bagi keputusan keseluruhan STPM 2016 hanya akan diaktifkan bermula pada jam 12 tengah hari, hari ini. Klik di
sini jika anda ingin menyemak keputusan secara atas talian.
Pada hari pertama ianya diumumkan kelak, berkemungkinan anda akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server. Anda dinasihatkan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak.
SEMAKAN SMS
Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut :
Taip : STPM (jarak) RESULT (jarak) No Kad Pengenalan Hantar Ke 15888
Contoh : STPM RESULT 960224136414 Dan Hantar Ke 15888
CARA MENDAPATKAN SLIP KEPUTUSAN PENUH
Calon Sekolah
Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan keseluruhan peperiksaan STPM 2016 di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari.
Calon Persendirian
Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos atau menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).