logo
logo

    Courses

    Institutions

Kementerian kesihatan tidak pernah potong slot biasiswa

Afterschool

Afterschool

March 29, 2016





Kementerian Kesihatan tidak pernah mengurangkan apa-apa slot biasiswa untuk program latihan kepakaran walaupun di saat ekonomi yang tidak menentu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. hospital, Kementerian kesihatan tidak pernah potong slot biasiswa Beliau berkata malah, jumlah biasiswa untuk Program Sarjana tempatan meningkat daripada hanya 450 slot pada 2007 kepada 800 slot untuk sesi 2011/2012 dan meningkat kepada 916 slot pada 2015. "Bagi 2016, terdapat 1,129 slot dalam Program Sarjana tempatan dengan 998 Pegawai Perubatan (MO) telah ditawarkan untuk mengikuti latihan kepakaran," katanya mengulas mengenai kebimbangan terhadap cabaran berkaitan program latihan kepakaran, dalam satu kenyataan hari ini. Dr Noor Hisham berkata kementerian akan merayu kepada universiti-universiti untuk membolehkan 131 MO lagi yang tidak layak, supaya diberikan peluang untuk penilaian semula oleh universiti masing-masing. Selain itu katanya, MO yang tidak dapat memasuki Program Sarjana tempatan atau mereka yang ingin memilih program pasca siswazah juga boleh mengikuti latihan pakar melalui laluan paralel seperti UK Membership Programmes, yang mana sebahagian daripada peperiksaannya dijalankan di Malaysia. --Bernama