
Afterschool
March 18, 2016
Pengarah Jabatan Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian sedang melihat cadangan Majlis Perubatan Malaysia untuk meningkatkan standard perubatan di negara ini.
"Cadangan itu (melesenkan graduan luar negara) kini menjadi amalan di kebanyakan negara sekarang, contohnya General Medical Council of the United Kingdom mempunyai peperiksaan Professional and Language Assessment Board.
"Di Amerika Syarikat pula, mereka ada ujian US Medical Licensing Examination, dengan langkah sebegini barulah kita dapat memastikan pengamal perubatan kita mencapai standard yang lebih baik," katanya dalam mengulas kenyataan presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr Ashok Philip dan presiden Persatuan Doktor untuk Kebajikan Masyarakat, Datuk Abdul Hamid Abdul Kadir.
Abdul Hamid berkata, kerajaan harus bertegas dengan menyingkirkan pusat pengajian luar negara yang tidak mengikut piawaian, manakala Dr Ashok berharap kementerian melanjutkan tempoh moratorium kepada sektor perubatan memandangkan berlakunya penambahan doktor pakar di negara ini.