
Afterschool
February 18, 2016
Mari kita lihat kepentingan mengimbangkan kehidupan sosial dengan pelajaran.
Berjalan seorang diri ke kelas itu bagus, tapi alangkah gembiranya jika pergi ke kelas bersama rakan-rakan. Berkomunikasi bersama kawan dapat menceriakan hari kamu disamping dapat bertukar idea dan pengetahuan yang dapat membangunkan diri secara holistik.
Apabila kamu keluar dengan kawan, ada pelbagai pengaruh, pengalaman dan pengetahuan dan menggalakkan kamu untuk meneroka kehidupan kamu. Kawan juga memberi sokongan dan motivasi, serta menggalakkan pencambahan idea untuk kamu berjaya dalam hidup.
Keluarga akan terus bersama kamu, tetapi kawan akan terus menyokong kamu. Kawan mampu memberi kekuatan semula pada kamu apabila kamu sedang kemurungan atau mengalami tekanan, mereka akan mendengar dan memberi pandangan.
Perkongsian ilmu dengan kawan-kawan bukan sahaja dapat memberi ilmu kepada kawan-kawan, tetapi kita juga memperoleh ilmu dari mereka. Perkongsian ilmu ini menjadikan kita semua membangun dan memajukan diri bersama-sama.
Banyak perkara yang kita tidak ketahui sehingga kawan kita yang beritahu, begitu juga sebaliknya. Proses pembelajaran bukan sahaja sehingga habis sekolah, tetapi sehingga ke akhir hayat. Dan bukan dengan guru sahaja kita boleh dapatkan ilmu pengetahuan, dengan kawan juga kita boleh memperoleh pengetahuan.