logo
logo

    Courses

    Institutions

Karnival Pendidikan MARA 2017 Bakal Berlangsung Februari ini!

Afterschool

Afterschool

February 4, 2017





Berita baik kepada pelajar yang ingin mengetahui mengenai permohonan biasiswa MARA, tawaran pengajian MARA, informasi berkaitan IPTA/IPTS dalam dan luar negara, info kerjaya, kaunseling pendidikan dan sebagainya.

 

d3df1f77-e0e2-459a-b836-80b4ed5deb91 (1)

 

Bermula pada 25 Februari 2017 ini, MARA serta gabungan IPTA dan IPTS akan menjelajah ke seluruh negara menerusi Karnival Pendidikan MARA 2017 yang akan berkongsikan mengenai pelbagai informasi pendidikan. Jelajah itu akan bermula di Negeri Perlis. Antara pengisian karnival adalah :

  mara3  

PERKONGSIAN UNTUK PELAJAR LEPASAN SEKOLAH

  • Peluang pendidikan di IPMa, IPTA & IPTS
  • Yuran PERCUMA di IPMa terpilih
  • Kaunseling pendidikan & kerjaya
  • Permohonan terus & temuduga terbuka
  • Semakan baki tunggakan pinjaman MARA
  mara1  

AKTIVITI MENARIK 

  • Street Soccer
  • Food Truck
  • Best Photo Group@Photo Booth
  • Simulasi Kemahiran
  • Usahawan Kemahiran
  • Cabutan Bertuah
  • Bengkel Wartawan Kadet
  • Penebusan Hadiah Utusan/Mingguan
  mara2  

Karnival ini akan berlangsung pada jam 10 pagi hingga 6 petang di semua lokasi. Untuk mengetahui lokasi yang seterusnya, anda boleh klik Karnival Pendidikan MARA 2017. Untuk maklumat lanjut mengenai karnival ini termasuk pendaftaran booth untuk IPTA/IPTS yang mahu menyertai karnival ini, bolehlah terus melayari laman rasmi Karnival Pendidikan MARA 2017.

 

Oleh itu, tunggu apa lagi jangan lupa untuk berkunjung ke Karnival ini kerana segala kebuntuan anda mengenai hala tuju pendidikan terutamanya bagi pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma bakal direlaikan. Semoga berjaya!.

 

Pautan berkaitan klik : Biasiswa Pendidikan terkini