logo
logo

    Courses

    Institutions

Juara lumba tangguh SPM untuk fokus pada perlumbaan

Afterschool

Afterschool

April 20, 2016





Juara lumba tangguh SPM: Juara Grand Prix Argentina, Khairul Idham Pawi berkata dia terpaksa menangguhkan hasratnya untuk mengambil peperiksaan SPM tahun lalu untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya dalam sukan pemotoran.

Adam Norrodin Americas

Khairul Idham, 18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Seri Maharajalela di Kampung Gajah dekat sini juga berkata ketika ini kerjayanya dalam bidang pemotoran semakin menyinar, terutama selepas memenangi Moto3 dalam Grand Prix Argentina, 3 April lalu. “Hasrat untuk mengambil SPM memang ada, tetapi disebabkan jadual latihan dan perlumbaan yang padat, saya terpaksa menangguhkan dahulu hasrat itu untuk seketika," kata Khairul. Sementara itu, ayah kepada seorang lagi pelumba motor negara, Adam Norrodin mahu anaknya menduduki SPM tahun ini memandangkan usia anaknya yang berusia 17 tahun pada tahun ini. Mohd. Norrodin Jalil mengakui, beliau sebenarnya memasang hasrat untuk melihat anaknya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adam mencuri tumpuan dunia selepas hampir menaiki podium sebelum terjatuh menuju garisan penamat di Argentina minggu lalu.