
Afterschool
March 21, 2016
JPA tidak mansuhkan biasiswa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman menegaskan bahawa kerajaan sudah menyediakan RM1.65 billion pada 2016 untuk menaja pelajar melalui biasiswa melalui JPA.
"Ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan pendidikan. Saya harap orang ramai tidak mempolitikkan dan mengelirukan orang ramai berkenaan isu ini," kata Azalina.
Menurut Azalina, walaupun kerajaan dapat menjimatkan RM240 juta dengan membatalkan 744 biasiswa luar negara dan hanya akan menaja pelajar tersebut jika mereka belajar di dalam negara.
Beliau berkata, kerajaan masih menaja penerima biasiswa JPA seramai 49,060 orang (41,324 dalam negara dan 7,736 luar negara).