logo
logo

    Courses

    Institutions

Jom ke Jerman, kata Najib

Afterschool

Afterschool

September 29, 2016





Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk menghantar lebih ramai rakyat Malaysia untuk belajar di Jerman. najib-dan-jerman Terdapat lebih kurang 630 rakyat Malaysia yang sekarang berada di Jerman dan melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang. Datuk Seri Najib Razak memuji usaha mereka semasa lawatan rasmi ke negara Eropah tersebut. "Saya bangga mengetahui bahawa anda semua sedang berusaha sehabis baik dan saya bangga untuk mengetahui bahawa pelajar-pelajar kita sedang hidup senang di Jerman," katanya bercakap kepada pelajar pada majlis makan malam di Kedutaan Malaysia di Berlin. Selain itu, beliau akan menumpukan lebih banyak usaha meningkatkan kemungkinan membawa lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran di Jerman. Menurut Najib, pendidikan tinggi di Jerman memang bersifat percuma, tetapi bahasa pengantar menjadi penghalang utama kepada mereka yang berminat untuk belajar di sana. "Jika anda menguasai bahasa Jerman, besar kemungkinan untuk kita menghantar pelajar ke Jerman dipertimbangkan" katanya. Najib berharap rakyat Malaysia di Jerman dapat mengamalkan nilai-nilai murni rakyat negara itu seperti disiplin, kerja keras, dan tidak mudah menyerah kalah apabila menghadapi perkara yang dianggap luar bidang sendiri. Nilai-nilai ini, jika dibawa pulang ke Malaysia, akan membantu negara mencapai tahap kemajuan yang lebih tinggi. "Saya boleh menghargai beberapa ciri-ciri yang dimiliki oleh rakyat Jerman dalam menjadi salah satu negara yang paling berjaya; antaranya adalah disiplin tinggi, fokus dan mempunyai semangat tidak menyerah dan juga bekerjasama sebagai pasukan," katanya. Beliau menggunakan pasukan bola sepak Jerman sebagai contoh bekerjasama sebagai satu kumpulan, dan mempunyai prestasi yang cemerlang dalam setiap kejohanan, yang mengangkat mereka sebagai saingan yang sangat layak dan sukar dihadapi. Najib juga memuji semangat kolektif rakyat Jerman dan keupayaan mengatasi masa-masa sukar. "Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri orang-orang Jerman yang boleh diserapkan ke dalam budaya Malaysia." Menurut Najib, Malaysia boleh menjadi bangsa yang lebih berkuasa dengan penggunaan nilai-nilai murni dan disiplin. Lawatan Najib ke negara Eropah itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan membincangkan kapasiti kedua-dua negara bekerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, latihan vokasional dan pendidikan, pertanian, sains dan teknologi, dan pembangunan infrastruktur.