logo
logo

    Courses

    Institutions

IPTS Cekik Darah Pelajar Teraniaya?

Afterschool

Afterschool

September 12, 2018





Benarkan majoriti IPTS cekik darah sehingga majoriti pelajar tercekik dan ibu bapa sendiri menolak untuk menghantar anak mereka ke IPTS?. Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut, kami telah menjalankan satu survey di laman sosial twitter afterschool.my bagi mencari punca kenapa ramai yang tidak berminat ke IPTS. 

 

Dalam survey berkenaan,  beberapa pilihan telah diberikan kepada mereka untuk memilih iaitu yuran mahal, komunikasi bahasa inggeris, tidak memenuhi syarat dan lain-lain. Hasil survey, 2,040 followers telah menyatakan pilihan masing-masing dan daripada jumlah tersebut seramai 95% (1,930 pengikut) berpendapat bahawa yuran mahal menjadi punca mereka tidak berminat ke IPTS. 

 

Waduhh satu bilangan yang agak besar dan jika mereka tidak menerima tawaran ke Universiti Awam (UA) kemungkinan besar 1,093 orang ini tidak melanjutkan pengajian kerana yuran yang mahal. Jika ada pihak penguruan IPTS yang membaca artikel ini, adakah pihak anda akan mengurangkan kos pengajian di IPTS masing-masing dan memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan ini melanjutkan pengajian mereka?. Kami yakin majoritinya akan berkata tidak. Kenapa ianya mustahil untuk ditunaikan?. Tentu sekali sukar kerana, IPTS tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan dan mereka menanggung segala bentuk perbelanjaan pengurusan IPTS masing-masing berbanding IPTA. 

 

Jika yuran pengajian itu sukar untuk diturunkan sama dengan kos pengajian di IPTA, adakah ada jalan lain untuk menyelesaikan masalah pelajar yang kurang berkemampuan ini?. Takkan mereka dengan begitu sahaja melupakan niat untuk melanjutkan pengajian hanya kerana tidak mampu?. Bukankah kejam namanya. Kami di afterschool bukanlah dari kalangan yang kejam itu kerana kami ada berita baik untuk anda.  Sekiranya anda ada masalah kewangan dan tidak mampu menampung sepenuhnya jumlah kos pengajian, anda boleh memohon pembiayaan pendidikan yang ditawarkan oleh 3 buah Bank di Malaysia iaitu Affin Bank, Maybank dan Bank Rakyat bagi semua peringkat pengajian.

 

 

Pembiayaan pendidikan ini akan menanggung keseluruhan kos pengajian dan bukannya separuh sahaja seperti mana jika anda memohon pinjaman PTPTN. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ketiga-tiga pembiayaan pendidikan ini, syarat kelayakan, cara permohonan, anda boleh klik pada senarai dibawah mengikut bank dan buatlah perbandingan sebelum memilih pinjaman pendidikan yang berbaloi untuk anda.

 

 

 

 

Selain itu, anda juga boleh mencuba memohon pinjaman/biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri masing-masing dan beberapa artikel lain yang berkaitan terutamanya tip memilih IPTS supaya anda tidak ditipu. Klik senarai dibawah : 

 

Biasiswa & Pinjaman Pendidikan yang Ditawarkan oleh Semua Kerajaan Negeri

Biasiswa terkini yang dibuka melibatkan semua peringkat pengajian

Tip Mencari Biasiswa yang Wajib Anda Tahu! - Afterschool.my

Tip Temu duga Biasiswa yang Wajib Anda Tahu! - Afterschool.my

Ketahui 10 Buah IPTS Asing yang Tawarkan Peluang Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara dengan Kadar Yuran yang Rendah Sama Seperti di Malaysia

Ketahui Kursus Pengajian yang Jamin Pekerjaan Sebaik Sahaja Tamat Pengajian!

Tip Penting yang Wajib Anda Tahu Sebelum Memilih IPTS

Kenapa Graduan Universiti Awam Sukar Dapat Kerja Berbanding IPTS?

Cara Kenalpasti IPTS yang Kemungkinan Bakal Menipu Anda

Senarai Kursus Perubatan di IPTS yang Diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia.

 Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia yang Wajib Anda Tahu

10 Pekerjaan Terkini & Pada Masa Hadapan yang Ditawarkan oleh Majikan- TalentCorp

 

Tidak salah sekiranya anda membuat pelaburan untuk pendidikan kerana, pendidikan ini akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik. Jangan asyik fikir belajar tinggi pun menganggur. Kalau dah kursus yang dipilih potensi untuk menganggur sangat tinggi, memanglah satu kerugian. Jika pilih kursus yang memenuhi keperluan tenaga kerja sekarang dan akan datang, walaupun mahal sangat berbaloi kerana gaji yang akan dibayar kelak juga tinggi. Hutang pinjaman pun dapat diselesaikan dengan cepat. 

 

SEMOGA BERJAYA!