logo
logo

    Courses

    Institutions

Industri kerjaya dan diskriminasi gender

Afterschool

Afterschool

March 30, 2016





Industri kerjaya dan diskriminasi gender: Industri teknologi aero-angkasa dan sektor kewangan dikenalpasti sebagai sektor yang paling kurang menerima wanita dalam kerjaya, menurut satu kajian terkini. wanita2, Industri kerjaya dan diskriminasi gender Kedua-dua sektor tersebut kini berusaha keras dalam memastikan keseimbangan gender dalam sektor mereka, tetapi proses itu masih bergerak perlahan dan belum mempunyai ramai yang bekerja di peringkat tertinggi sektor tersebut. Satu survey dijalankan ke atas 3,500 wanita mengenai industri mana yang paling seimbang dari segi gender telah diadakan, dan membandingkan semua sektor dari segi gaji, cuti bersalin, serta stigma dalam pekerjaan. wanita Industri aero-angkasa muncul sebagai industri paling tidak mesra wanita, sementara perhubungan awam dan kosmetik merupakan industri paling mesra wanita. Sektor kewangan dan teknologi masing-masing dengan tahap mesra wanita sebanyak 57.1% dan 55.8%.