
Afterschool
May 10, 2016
Dalam satu kenyataan berkata, Pesuruhjaya Tinggi India berkata, biasiswa itu ialah bagi empat program Sarjana Muda iaitu Perubatan Ayurveda & Pembedahan (11 tempat), Perubatan Siddha & Sains (lima), Perubatan Unani & Pembedahan (dua) dan Perubatan Homeopati & Pembedahan (dua).
Biasiswa itu untuk tempoh lima tahun setengah, termasuk yuran tuisyen, elaun sara hidup, geran kontinjen dan elaun sewa rumah.
Kenyataan itu juga menyebut pemohon perlu fasih berbahasa Inggeris dan mengambil matapelajaran Fizik, Kimia dan Biologi dalam peperiksaan peringkat kelayakan.
--Bernama