
Afterschool
October 5, 2016
Sebuah helikopter milik Angkatan Tentera Diraja Malaysia jatuh di atas sebuah sekolah di Tawau, Sabah, semalam.
Menurut laporan Associated Press, pihak ketenteraan menjelaskan bahawa kemalangan berlaku setelah helikopter tersebut terbang selama dua jam dalam latihan rutin.
Penumpang helikopter yang merupakan 14 orang ahli tentera dilaporkan selamat dan berada di hospital terdekat, manakala juruterbangnya berada dalam keadaan kritikal.
Paling kurang 23 orang termasuk pelajar sekolah menjadi mangsa keadaan dan mengalami kecederaan.
Ketua polis daerah Tawau, Fadil Marcus mengatakan bahawa helikopter tersebut menimpa bumbung sekolah sebelum seterusnya jatuh di dalam kawasan kantin.
Lapan orang pelajar dan pekerja sekolah tersebut menderita luka ringan dan sudah ditangani oleh petugas perubatan.
Para calon SPM dari sekolah tersebut akan dipindahkan ke pusat peperiksaan lain jika struktur sekolah didapati tidak stabil, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.
*gambar sekadar hiasan