logo
logo

    Courses

    Institutions

Hanya 15,000 pelajar memohon bidang sains di IPTA

Afterschool

Afterschool

March 30, 2016





Hanya 15,000 penuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memilih bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) bagi melanjutkan pelajaran. sains, Hanya 15,000 pelajar memohon bidang sains di IPTA Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia Hazami Habib berkata keadaan itu menyebabkan ketandusan kepakaran di dalam bidang berkenaan ekoran pelajar tidak meminati meneroka ketiga-tiga bidang itu. Katanya kira-kira 30,000 tempat disediakan di dalam bidang itu namun hanya separuh daripada mereka mengisi bidang berkenaan. "Tidak ramai penuntut memilih bidang sains ini dan ia sekali gus menyebabkan kita kekurangan bakat dalam STI ini...mungkin mereka juga tidak nampak peluang pekerjaan menerusi bidang ini. "Generasi muda ini lebih cenderung untuk memilih bidang kejuruteraan mahupun pakar perubatan sebagai kerjaya mereka," katanya selepas program Duta Sains. --Bernama