
Afterschool
May 6, 2016
Artikel itu menimbulkan satu persoalan itu, dan dua orang pakar sains sosial, Steffen Hertog dari Jerman, dan Diego Gambetta dari Itali, mengaitkan keganasan dengan kursus kejuruteraan, dan menolak bahawa keganasan itu berpunca dari agama.
Mereka menulis buku berjudul Engineering in Jihad: The Curious Connection between Violent Extremism and Education, membincangkan tentang hubungkait dengan jurusan kejuruteraan dengan keganasan.
Menurut Hertog, dari 83 profil pengganas yang dikaji, 45 peratus dari mereka memiliki ijazah dalam kejuruteraan. Menurut mereka lagi, pengganas-pengganas tersebut biasanya di bahagian pucuk pimpinan, dan bukan di bahagian teknikal.
Mereka juga melihat faktor kursus kejuruteraan yang memang kekurangan wanita sebagai satu faktor mengapa kecenderungan mereka untuk jadi pengganas.