
Afterschool
July 19, 2016
Berkuatkuasa 1 Januari 2015, PTPTN telah menyenarai lebih setengah juta peminjam yang gagal membayar pinjaman ke dalam CCRIS. Hal ini menyebabkan ramai graduan dan eksekutif muda sukar membuat pinjaman kereta.
Menurut salah seorang jurujual Perodua, daripada 13 permohonan pinjaman pembelian kereta yang dihantar, hanya lima permohonan diluluskan dan tidak membayar PTPTN adalah salah satu punca permohonan pinjaman ditolak.
Menurutnya lagi, hal ini bukan saja menjejaskan golongan yang baru bekerja, malah turut melibatkan mereka yang sudah lama bekerja tetapi tidak membuat bayaran PTPTN.
Faktor-faktor lain seperti syarat pinjaman bank yang lebih ketat dan peningkatan harga kereta akibat kejatuhan nilai ringgit turut menjurus kepada kemerosotan penjualan kereta.
