logo
logo

    Courses

    Institutions

Gagal dapat tempat, graduan farmasi bawah JPA dibenar mohon PRP swasta

Afterschool

Afterschool

March 30, 2016





Program Scholarship Talent Attraction And Retention (STAR) merupakan inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan TalentCorp. farmasi, graduan farmasi bawah JPA dibenar mohon PRP swasta Program ini membenarkan graduan tajaan berkhidmat di premis swasta seluruh Malaysia seterusnya menunaikan ikatan kontrak bersama syarikat berkaitan. Sepanjang tempoh kontrak graduan bersama Jabatan ini, graduan hanya dibenarkan untuk menukar premis sebanyak 2 kali. Program ini juga telah dipanjangkan kepada graduan farmasi (sebelum ini program tertumpu kepada bidang pengajian selain perubatan, pergigian dan farmasi) sejajar dengan Dasar Liberalisasi yang dipersetujui oleh LFM. Permohonan PRP di sektor swasta untuk graduan farmasi tajaan JPA boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) di laman web rasmi LFM. Maklumat lanjut baca di laman web ini.