
Afterschool
August 12, 2016
Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan Pengerusi ESTCON2016[/caption]
Kongres Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Dunia (ESTCON2016) tahun ini yang bertemakan “Engineering, Science, Technology and Humanities: Convergence for a Sustainable Future” jelas menunjukkan dunia memerlukan jurutera dengan nilai perikemanusiaan.
Dalam temubual bersama Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor Universiti Teknologi PETRONAS(UTP) dan Pengerusi ESTCON2016, beliau berkata tahun ini, ESTCON masih mengekalkan standard tinggi penganjuran seperti tahun-tahun sebelumnya dengan beberapa penambahan unik.
"Selain memastikan usaha ke arah penyelidikan terus berjalan, peserta juga boleh mengambil bahagian dalam sesi "Innovation Pitching" yang memberi peluang kepada 40 hasil penyelidikan yang disenarai pendek untuk dikomersilkan,"ujar beliau. Proses pemilihan dilakukan bersama PlaTCOM Ventures Sdn Bhd dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Mula diperkenalkan pada 2014, antara objektif sesi Innovation Pitching adalah:
PlaTCOM Ventures Sdn Bhd dan MDEC adalah sebahagian pemain industri yang dijemput khusus untuk mengenal pasti dan memilih inovasi dan produk yang paling menonjol tahun ini. Pemilihan mestilah bersesuaian dengan jumlah geran, pembekal dana, dan peluang perniagaan untuk rakan niaga industri.
Satu lagi aspek menarik ESTCON2016 adalah pendekatan lebih dinamik penganjur dalam mengadakan forum dan seminar bersama ahli akademik, penyelidik, saintis, jurutera, kumpulan berkepentingan dan pakar-pakar industri.
Sembilan konferen yang akan berlangsung sepanjang kongres ini bukan hanya memperkatakan tentang bidang teknikal, tetapi turut melibatkan aspek kepimpinan, kemanusiaan dan masalah sosial yang sedang melanda komuniti global pada masa kini.
Orang awam dan golongan profesional dijemput untuk menghadiri pameran yang bakal menampilkan produk-produk ciptaan terkini. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat booth syarikat-syarikat yang menyertai kongres ini dan menerokai peranan mereka dalam industri.
"Adalah menjadi hasrat UTP untuk mempamerkan pencapaian dan kemampuan kami untuk memajukan industri ini,"ulas beliau tentang peranan UTP di ESTCON2016.
ESTCON2016 akan berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur, Malaysia.
Acara ini dikendalikan sepenuhnya oleh UTP. Untuk maklumat lanjut, layari laman web ESTCON2016, atau emel pihak urus setia di estcon2016@petronas.com.my.