
Afterschool
April 25, 2016
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday berkata, misalannya pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencapai kemajuan 97.28 peratus, manakala Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencatat kemajuan 94.69 peratus.
“Sementara itu, pembinaan Politeknik dan kemudahan guna sama sudah mencatat kemajuan pembangunan 95.95 peratus. Daripada segi penyediaan asrama, rumah kediaman dan lot perniagaan, pihak Sime Darby sedang melaksanakan pembinaan asrama untuk penuntut yang dijangka siap pada Mei 2017.
“Projek pertama rumah kediaman akan dilancarkan Sime Darby Property selaku pemaju projek pada Mei ini dan pembinaan dijangka mengambil masa 18 hingga 24 bulan termasuk lot-lot perniagaan,” katanya semasa sesi penggulungan pada sidang DUN, di sini.
--Utusan