logo
logo

    Courses

    Institutions

Sindiket IPT tanpa akreditasi semakin berleluasa

Afterschool

Afterschool

July 21, 2016





\\Sindiket IPT tanpa akreditasi semakin berleluasa. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dedahkan semakin banyak pelajar ditipu sindiket kemasukan ke IPT tanpa akreditasi.  Sindiket IPT tanpa akreditasi semakin berleluasa Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Professor Dr Rujhan Mustafa sindiket ini melibatkan ejen rekrut IPT yang mensasarkan lepasan SPM dan STPM. Ia didalangi oleh ejen sah yang dilantik IPT namun demi mengaut untung, mereka menawarkan pelajar tempat di IPT yang tidak mendapat akreditasi MQA. Akibatnya, pelajar yang terdesak untuk mendapat kelulusan dan pekerjaan menanggung kerugian besar kerana sijil yang diperoleh tidak sah digunakan untuk memohon kerja, biasiswa atau melanjutkan pelajaran ke IPT lain. MQA menerima lebih 130 laporan penipuan dari tahun lepas hingga Jun tahun ini. Walaupun pegawai MQA mempunyai hak untuk melakukan pemeriksaan di premis IPT, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan menggunakan cara keras untuk menghalang pemeriksaan tersebut. Berikutan itu, MQA telah mengambil pelbagai langkah untuk mengekang isu ini, antaranya aplikasi telefon 'Malaysian Qualification Register' yang membolehkan pelajar menyemak status program yang ingin dimohon. AS-Biasiswa-600x200-1