
Afterschool
August 30, 2016
Kedua-dua beradik ini dilahirkan cacat penglihatan, namun itu tidak menghalang mereka mengejar cita-cita di menara gading.
Felicia Pui Jia Yin, 21 dan adiknya Andrea Pui Jia Hui, 20 membuktikan yang status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) tidak sedikitpun melunturkan semangat mereka untuk melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM).
Kedua beradik ini adalah pelajar Sarjana Muda Sastera (Bahasa Inggeris untuk golongan profesional) bagi sesi akademik 2016/2017.
Masing-masing mendapat CGPA 4.00 dan 3.92 dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Muhammad Farid Anuar, 21, daripada kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Johor mengalami kecacatan saraf sejak lahir namun dia tidak lemah semangat dan hanya berserah kepada takdir.
Anak sulung daripada lima beahradik ini kini sedang melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Pengurusan Acara di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kejayaan Muhammad Farid telah menidakkan pendapat tipikal yang mengatakan golongan kurang upaya tidak mampu memperoleh kejayaan seperti pelajar biasa.
Mhd. Tianan Mansah Nur, 19, telah mendaftar sebagai pelajar baru di Kolej Fakulti Kejuruteraan Kimia Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dengan harapan untuk membantu keluarganya keluar dari kancah kemiskinan.
"Semoga kejayaan saya memasuki UTM menjadi motivasi kepada adik-adik saya untuk melakukan yang terbaik dalam pelajaran. Walaupun ayah kami hanya pemandu teksi dan ibu adalah suri rumah, tidak bermakna kami tak boleh berjaya seperti orang lain," katanya.
Mhd. Nur Mansah yang berasal dari Likas, Kota Kinabalu, Sabah merupakan anak kedua daripada lapan adik beradik.
Maznan Rozita, 43, dari Kampung Permatang Tinggi, Pengkalan Baru, Pantai Remis, risau dengan nasib anaknya, Muhammad Alief Aiman Muhammad, 19.
Menurut Rozita, dia telah berikhtiar pelbagai cara termasuklah memminta bantuan daripada daripada ketua kampung.
"Saya tidak bekerja, suami saya yang juga ayah tiri kepada Muhammad Alief pula hanya mempunyai pendapatan cukup-cukup makan sahaja." katanya.
Muhammad Alief menerima tawaran melanjutkan pengajian dia Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk mengikuti kursus ijazah sarjana muda Kewangan.
Dia telah menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis pada April lalu dengan keputusan cemerlang CGPA 3.92.
Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menawarkan tempat kepada Muhammad Alief Aiman Muhammad namun halangan kewangan membantutkan harapan Muhammad Alief untuk ke menara gading.
Pembaca boleh memberikan bantuan kewangan kepada akaun Maybank Rozita di 1581 8114 1677 atau akaun Bank Islam Muhammad Alief di 08-059-02-376813-5.
Di antara 4,114 pelajar baru yang mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk sesi pertama 2016/2017, 10 daripadanya adalah pelajar kurang upaya.
Mereka ini terpilih berikutan keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) CGPA 3.00 ke atas.
Pelajar yang tidak berkemampuan untuk menyambung pengajian di universiti selepas mendapat tawaran dinasihatkan untuk menghubungi pihak UUM. UUM bersedia membantu pelajar mendapatkan bantuan kewangan daripada Jabatan Zakat.
UUM juga akan mempertimbangkan untuk mengurangkan yuran pengajian, asrama dan pengangkutan.