
Afterschool
April 25, 2016
Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman berkata, beliau bangga dengan pencapaian dari dua pensyarah tersebut.
Mereka ialah Prof Dr Kamarul Imran Musa dari Jabatan Perubatan Masyarakat, dan Prof Dr Liza Sharmini Ahmad Tajuddin dari Jabatan Ophthalmologi.
"USM akan terus menyokong dan menggalakkan kerjasama untuk memberikan impak positif kepada kedudukan akademik universiti, serta masyarakat dan negara.
"Kita berbangga dengan pencapaian mereka dan kita harapkan ini dapat memberi semangat kepada pensyarah USM yang lain untuk mencapai kejayaan yang sama," katanya lagi.