logo
logo

    Courses

    Institutions

DRB Hicom labur RM150 juta untuk bina Universiti Automotif Malaysia

Afterschool

Afterschool

February 23, 2016





DRB Hicom labur RM150 juta. DRB-Hicom akan labur sebanyak RM150 juta untuk pembinaan Universiti Automotif Malaysia-DRB Hicom, bangunan penyelidikan dan pembangunan (R&D), fasiliti untuk bilik pameran, dan asrama untuk pelatih dalam latihan industri. DRB Hicom labur RM150 juta Pengarah pengurusan kumpulan syarikat dan pengerusi University College Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata, universiti yang terletak di Pahang itu akan siap dalam masa 2 hingga 5 tahun lagi. Apabila siap, universiti itu mampu menampung 7,000 orang pelajar. Dengan penambahbaikan itu, Universiti Automotif Malaysia-DRB Hicom akan menjadi universiti pertama di Asean yang menawarkan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam program ekosistem automotif (mekanikal, perniagaan dan pengurusan). Menurut Tan Sri Mohd Khamil Jamil lagi, 60 peratus dari pelajar Universiti Automotif Malaysia-DRB Hicom akan bekerja dengan DRB-Hicom sementara selebihnya akan bekerja dengan syarikat lain dalam industri ini.