
Afterschool
August 1, 2016
Kebelakangan ini semakin banyak kes melibatkan kecederaan berat berlaku di sekolah. Namun dalam hampir kesemua kes, percanggahan keterangan antara pihak guru dan pelajar sering berlaku dan memerlukan siasatan lebih mendalam. Siapa yang bersalah? Atau perlukah kita kaji semula peranan guru di sekolah?
Baru-baru ini, seorang pelajar sekolah menengah, Siti Nur Syaida, 15 mendakwa ditampar oleh gurunya sehingga terpaksa dirawat di hospital akibat kecederaan yang dialaminya.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohd Yusof, pihak kementerian perlu mendengar keterangan daripada kesemua pihak sebelum siasatan lanjut boleh dijalankan.
"Pihak kementerian perlu melihat daripada dua sudut berbeza iaitu aduan daripada ibu bapa pelajar tersebut dan tindakan oleh guru terbabit", kata Tan Sri Dr Khair Mohd Yusof.