logo
logo

    Courses

    Institutions

Cybernetics bakal jadi Kolej Universiti

Afterschool

Afterschool

June 20, 2016





Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics bakal diiktiraf sebagai Kolej Universiti dalam masa dua tahun lagi. level up Pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya sedang bersedia untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang disegani. “Kolej ini telah ditubuhkan sejak 19 tahun lalu dan kita berjaya melahirkan para mahasiswa yang berkuali­ti serta dijamin mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian kelak,” katanya. Alimuddin menambah, dengan pencapaian produk keluaran Cybernetics yang telah ditubuhkan sejak 1997, ia telah berjaya melahirkan lebih 10,000 graduan dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan negara. “Sehingga kini kita telah membantu lebih 3,000 pelajar kurang berkemampuan di luar bandar menyambung pengajian di kolej berkenaan."